Sabtu, 25 April 2009

Segak Bergaya

Wahhh!!!! Lihat Saudara kita ni segak bergaya dengan ikan yang didaratkan. Encik Saiful berjaya menewaskan ikan patin seberat 5.835 kg.. satu prestasi yang baik.

Ikan Haruan Pun Ada

Aikkk!!! Ikan Haruan pun ada... Encik Rosli Ismail berjaya mendaratkan ikan haruan seberat 855 gram yang mana spesis yang paling susah didaratkan di kolam ini. 

Lagi Sekali

Sekali Lagi Encik Helmi Fairul mendaratkan Ikan tongsan seberat 5.175 kg 

Patin Terberat

Patin seberat 7.010 kg merupan patin terberat di pertandingan itu berjaya dinaikkan oleh Encik Zainal... Sorry laa Encik Zainal gambar gelap sikit laaaa

Tongsan Lagi

Saudara Bob telah berjaya mendaratkan ikan tongsan sisik halus seberat 6.930 kg.. satu pencapain yang baik...

Patin Lagi


Adik Muhd Lukman Hakim telah berjaya mendaratkan ikan patin seberat 3.745kg walaupun pada mulanya pancingnya telah terjun ke dalam kolam ditarik oleh ikan patin tersebut.

Ikan Patin Pertama

Ikan Patin pertama pertandingan di daratkan oleh Encik Musir seberat 4.135 kg... Boleh tahan laaa berat tu..

Akhirnya.....

Akhirnya aku berjaya jugak..... itulah agaknya yang dirasakan oleh encik Mahat yang berjaya mendaratkan Ikan Tongsan sisik halus seberat 6.075kg.. 

Puas aku....

Nampak kepuasan di wajah saudara kamaruzzaman yang telah berjaya mendaratkan ikan pacu seberat 780 gram

Lagi Sekali Daaa...

Adik Mior Affendi menaikkan seekor lagi ikan pacu seberat 630 gram

Ikan Terbesar Pertandingan

Ini dia ikan terbesar didalam pertandingan... Saudara Helmi Fairul telah mendaratkan spesis ikan tongsan sisik halus seberat 10.595 kg dan memenangi tempat pertama  didalam pertandingan memancing bersama keluarga anjuran Kelab Kilat TNB Seremban.

Pacu Lagi..

Seekor ikan pacu lagi dinaikkan kali ini Encik Bahamar yang seberat 505 gram.

2 Dalam 1

Betapa pakar saudara kita ni sekali pancing 2 ekor ikan sangkut. Encik Roslan Khalili menaikkan 2 ekor ikan seberat 1.015 kg spesis talapia dan pacu

Ikan Besar Pertama

Akhirnya ikan besar pertama telah didaratkan.. Encik Ruzaimi telah mendaratkan ikan tongsan seberat 6.455 kg 

Lepas dia...dia lepas dia...dia

Perghh!!!! bang umpan nak beli RM 1 Boleh.. Encik Azizul berjaya sekali lagi mendaratkan ikan pacu seberat 710 gram.. apa laa umpan yang dia pakai ni.. ermmm entahlah

Naik Lagi

Wahhh!!!! Hebat saudara kita ni iaitu Encik Azizul telah menaikkan seekor ikan pacu lagi seberat 625 gram...

Pemancing Muda

Inilah antara pemancing muda yang berbakat.. Adik Mior Affendi telah berjaya mandaratkan ikan pacu yang seberat 415 gram

Cover Hensem

Cover hensem saudara kita ni... Encik Azizul telah mendaratkan seekor ikan pacu seberat 945 gram... boleh tahan laaa

Ikan Pertama Di Daratkan

Inilah ikan pertama didaratkan pada hari pertandingan iaitu ikan pacu seberat 800 gram yang didaratkan oleh Encik Sharim.. Bangga nampak....

Barisan Pemancing Tegar


Inilah sebahagian daripada pemancing-pemancing tegar yang akan menewaskan ikan-ikan yang berada di dalam Kolam PK Entertainment kampung Pancur ini.

Aduh mesranya


Lihatlah pemancing-pemancing bersama ahli keluarga masing-masing didalam kemesraan ketika pertandingan Memancing Bersama Keluarga anjuran Kelab Kilat TNB Seremban sedang dijalankan.

Persediaan

Pemancing-pemancing sedang membuat persediaan sebelum pertandingan dimulakan. Nampak nya saudara kita ini membancuh umpan untuk dipersembahkan kepada ikan di dalam kolam nanti.

Peniaga Tegar



Ini dia peniaga tegar di pertandingan ini... Brother Azmi yang menjual kuih-muih dan juga buah-buahab potong.

Taklimat Sebelum Pertandingan

Pemancing-pemancing bersama keluarga mendengar taklimat daripada pemilik kolam mengenai syarat-syarat pertandingan

Ucapan Sebelum Pertandingan

Pengurus TNB Seremban memberi sepatah dua kata sebelum pertandingan dimulakan

Pendaftaran

Pemancing-pemancing sibuk mendaftarkan nama di kaunter pendafataran seramai lebih kurang 65 orang pemancing mendaftarkan nama didalam pertandingan ini

Pertandingan Memancing Bersama Keluarga

Pertandingan memancing bersama keluarga yang dianjurkan oleh Kelab Kilat TNB Seremban telah diadakan pada 25hb April 2009 di Kolam PK Entertainment Kampung Pancur.

Isnin, 20 April 2009

PERTANDINGAN LAYAN SEDAP MALAM



PADA : SETIAP KHAMIS MALAM JUMAAT

PUKUL : 9.00 MALAM HINGGA 1.00 PAGI

PENDAFTARAN : RM 25.00 + RM 5.00 (JACKPOT TERKUMPUL PERTANDINGAN)

HADIAH-HADIAH PERTANDINGAN 

1) RM 700.00 6) RM 50.00

2) RM 250.00 7) RM 50.00

3) RM 150.00 8) RM 50.00

4) RM 80.00 9) RM 50.00

5) RM 50.00 10) RM 50.00


IKAN JACKPOT : 11KG KE ATAS

SEMUA SPESIS DI PERTANDINGKAN