Selasa, 13 Januari 2009

Raja Segala Pemancing Tegar

Yang ini aku tak leh cakap apa dah memang pemancing paling tegar yang pernah aku tengok. dia ni kalau memancing dari mula kolam bukak sampailah kolam tu tutup. Ish! ish! ish! apa nak jadi dengan kau ni Amad SQ woii... yang sudah tu sudah laaaaa. setahu aku kat dalam kereta dia dah standby dah tilam ngan bantal.. dia kata nak tido tepi kolam sampai ikan makan umpan dia, kalau 2 hari ikan tak makan umpan alamatnya 2 hari laa dia tido kat kolam

Menceler Lagi

Kan aku dah cakap... jangan memancing lagi kan dah menceler... tengok si A-loi tu buat muka sedih pulak... dah muka menceler. yang dua orang tu pulak apa yang disenyumnya tah.. kesian laa pada kawan woiii si A-loi tu

Pemancing Tegar

Inilah muka-muka pemancing tegar yang tak jemu-jemu memancing walau dah menceler lebih 20 kali.. yang muka cam ikan sepat tu nama dia A-loy, yang kepala berkilat tu namanya wan botak dan yang gelap tak nampak tu Tom tom bak namanya.

Patin Oh Patin

Patin yang didaratkan oleh saudara Massa seberat 2.875kg. waktu tengahari beb ikan ni makan. aku pun pelik laaaa ikan patin kat pk entertainment ni... makan tak menentu masa ish ish ish.

Jumaat, 9 Januari 2009

PERTANDINGAN SYOK LAYAN MALAM MINGGU

Pertandingan Syok layan malam minggu pada 10/01/2009 bermula jam 9.00 malam hingga 1.00 pagi. Penyertaaan Sebanyak RM 30.00 termasuk jackpot pertandingan. Hadiah terkumpul jackpot 9 kilo keatas sebanyak RM 1795.00 tidak termasuk hadiah hari pertandingan iaitu RM 500.00. Datanglah beramai-ramai ke Kolam memancing PK Entertainment bagi memeriahkan pertandingan ini.



DATANG YOOO!!!!

Khamis, 8 Januari 2009

Aduhh!!!! Silau Mataku

Betapa gembiranya di hati.... Haji Azizi yang telah berjaya bangkit dari mencelernye mendaratkan seekor ikan patin walau hanya seberat 1.875kg tetapi dari riak wajahnya terpancar kepuasan yang amat sangat.

Lagi Champion Indon

Saudara Mario atau dikenali juga dengan nama Marlon Brando berjaya mendaratkan ikan patin seberat 3.455kg pada malam pertandingan itu.

Ikan Pacu Pertama Pertandingan

Inilah dia ikan pacu pertama di daratkan pada malam pertandingan tersebut. pemancing yang mendaratkan ikan pacu tersebut adalah saudara Lagi-Lagi Pak Tam yang seberat 6.105kg.

Tumpang Glamour

Tengok 2 Orang Marshall tu.. Farid dan juga Baiya Tumpang glamour laaa tu dengan tangkapan saudara Fadli yang mendaratkan ikan patin seberat 3.725kg.. heii marshall jangan perasan haaaa

Orang Lama Memancing

Saudara Man MPS mendaratkan ikan seberat 4.151kg pada malam pertandingan tersebut yang di bantu oleh Baiya Marshall pertandingan

Dah Mula Jobo Dia Dah....

Wah!!!! mula la nak jobo tu.. Saudara Jobo menaikkan ikan patin seberat 2.432kg pada malam pertandingan tersebut.

Indon Punya Champion

Ini diaaaaa... Champion dari Indon. Saudara Amad PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin) menaikkan ikan pati seberat 2.532kg pada malam pertandingan tersebut

Boss Bertemu Boss

Abang Kamarol boss PK Entertainment bersama Alang Salleh Kolam Rantau serta isterinya sedang berbincang pasal kolam masing-masing... Ada Projek besar laaa tuuuuu..

Kawanku Yang Menceler

Inilahhh kawan aku ketika memancing... selalu duduk sebelah aku... aku dan dia ni selalu jer menceler ketika memancing nama dia Rosli Selasih. Dia ni juga peminat lagu-lagu irama malaysia, tengok je laaa nama dia tu.

Pengganas Dikehendaki

Hati-hati dengan orang ini.... Ini lah dia wajah Nordin Mat Top Yang Sebenar, yang dulunya seorang pengganas yang dikehendaki tetapi sekarang telah insaf dan menumpukan pada minatnya yang dari kecil lagi iaitu memancing.

Wajah-Wajah Champion

Tengok Tu!!!! Penuh Emosi Saudara Zaki MPS posing pada malam pertandingan . Apa laaa yang di katakan oleh Haji Kasiman Casino Royale tu kepada Saudara Jobo... agaknya dia kata umpan kau tak power laaa Jobo.

Pemancing Terbesar

Lihat Tu!!!!!! ini adalah pemancing yang bersaiz XXXXL iaitu saudara O-Tai Big. Walaupun mempunyai badan yang besar kerusi pancing itu masih mampu menampung berat badannya yang hampir mencecah 160kg itu. Cayalah Lu O-tai. apapun orang kata, kau sabar je la yerrrr!!!.

Persediaan Pemancing

Sebahagian pemancing-pemancing sedang bersedia untuk memulakan pertandingan King Of Plabuk/Pacu

Rabu, 7 Januari 2009

Pertandingan King Of Plabuk 8/1/2009


Pada malam ini pertandingan King Of Plabuk iaitu pertandingan spesis patin sahaja. pertandingan yang menawarkan hadiah-hadiah yang lumayan.

Yuran pertandingan sebanyak RM 30.00 termasuk jackpot pertandingan. datanglah beramai-ramai ke kolam memancing PK entertainment malam ini. Pertandingan bermula dari pukul 9.00 malam hingga 1.00 pagi

Penangan Ultraman Tiga

Saudara Pak Ya atau Dikenali dengan Ultraman Tiga berjaya mendaratkan ikan tongsan seberat 6.225 kg. terpancar kepuasan di wajah ultraman tiga yang berjaya menaikkan ikan tersebut setelah hampir sejam memancing

Tumpang Sekaki

Lihat betapa besarnya ikan patin yang didaratkan oleh saudara JM. Apalagi kawan-kawan pun ambil kesempatan bergambar dengan ikan tersebut sebagai kenangan

Selasa, 6 Januari 2009

Ikan Patin Oh Ikan Patin

Lihat Tu... Betapa Bangganya dapat menaikkan ikan. Saudara JM kita telah menaikkan ikan patin seberat 9.525 kg yang di daratkan. Dapat di rasakan kepuasan di riak wajah saudara JM.

Tewasnya Tongsan Ditangan Aboi OM

Wahhh Bersemangat kawan kita ni nak menaikkan ikan yang sudah memakan umpan. walaupun mengambil masa beberapa minit untuk menaikkan ikan tersebut namun terlihat diwajah saudara Aboi Om kepuasan apabila menaikkan ikan tongsan seberat 8.261 kg.

Tewasnya Tongsan Di tangan R1

Saudara Raub atau lebih dikenali oleh pemancing dengan nama R1 telah menaikkan ikan tongsan seberat 8.512kg. Berpeluh kawan nak menaikkan ikan tu.. tapi dengan kekuatan dan semangat yang kental dapat saudara R1 Menjinakkan ikan tersebut.

Logo Kolam Memancing PK Entertainment

Ini adalah logo Kolam Memancing PK Entertainment. Cantik Design dia tapi tak tahulah siapa yang reka... Encik Kamarol Kot.

Permandangan Di Kolam PK Entertainment




Ini adalah beberapa permandangan di Kolam Memancing PK Entertainment. Kira bagus laaa memancing kat sini tenang dan boleh menghilangkan tension.



Pandangan Hadapan Kolam PK Entertainment

Inilah dia permadangan hadapan kolam pk entertainment. Kolamnya Taklah Besar tapi jika ada pertandingan boleh lah menampung seramai 150 ke 180 orang. Jadi datang lahh ke kolam ini jika ada pertandingan di jalankan.... best wooooo

Pekerja Sambilan

Ini ialah pekerja sambilan di PK Entertainment. Orang Gelar dia ni Panjang. Serba serbi panjang. Kerja dia masak burger. kira ok laa burger yang dia buat tu. dia ni kaki memancing jugak. jika ada kelapangan dia pun lepaskan gian dia turun memancing.

Staff PK Entertainment

Ini Salah Seorang Staff Entertainment, Nama dia A-Yon. Dia Ni Berasal Dari Muar Johor. Masih Single Tapi Dengar Cerita Dah Nak Bertunang Dah. Dia Ni Kira Senior laaa Pasal Dah Lama Kije Kat PK Entertainment Ni. Ok laaa Orang Dia

Boss PK Entertainment

Ini Dia Boss PK Entertainment Encik Kamarol. Dia Ni Asal Orang Perlis. Orangnya Hensem jugak laa Boleh Tahan. Kalau Nak Tahu Lebih Lanjut Pasal Kolam PK Entertainment Boleh la Call Dia Punya Handset 0162125697.